CEQ LAPAQ NASIKLAH! BUFFET RAMADHAN DI REBUNG 2,PUTRAJAYA
Assalamualaikum semua,
Berbaki beberapa hari je lagi kita nak menyambut bulan Ramadhan tahun 2024 ni kan?Macam mana preparation korang, dah survey buffet ramadhan untuk bawa keluarga berbuka bersama ?Ha...ni Kaklong nak share dengan korang yang mana minat dan sukalah dengan masakan kampung tapi level level antarabangsalah, korang patut try di Restoran Rebung 2, Putrajaya. Dimiliki oleh Chef terkemuka di Malaysia iaitu Chef Ismail, Restoran Rebung 2 kini membuka cawangan terbaru di Putrajaya berdekatan dengan PICC.
Okay tanpa melengahkan masa jom straight to the point je, kita share tentang pakej buffet ramadhan di Rebung 2, Putrajaya ni. Pakej Buffet Ramadhan Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadhan ,bermula dari 12 Mac hingga 8 April.
Tema kali ini adalah "Ceq Lapaq Nasiklah!". Menu utamanya menampilkan 5 jenis hidangan nasi yang popular di Malaysia iaitu Nasi Lemuni, Nasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu.Setiap jenis hidangan nasi ini, didatangi dengan set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan dimakan bersama nasi nasi tersebut. Memang rarelah!
Pelbagai lagi jenis lauk pauk yang dihidangkan termasuklah gulai kawah kambing, daging salai masak lemak cili api, tempoyak ikan patin, asam pedas pari, telur itik masak lemak cili api dan banyak lagilah.Korang kena datang sendiri untuk rasa setiap satu jenis hidangan. Memang puas hati!
Comments
Post a Comment