DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside Meraikan Bulan Ramadan Sajian Bertemakan Melintasi Tradisi: Hidangan Dahulu dan Sekarang
Assalamualaikum semua,
Besar kan kambing ni?Lagi besar dari Kaklong 😂 Tapi yang paling penting rasanya sedap tau tak liat. Ngam!Makan pula dengan sos blackpaper haa terbaik.
Sebagai sebahagian daripada kempen seluruh negara untuk Hilton di seluruh Malaysia, tema Merentasi Tradisi:Sajian Dulu dan Kini diketengahkan pada tahun ini.Mengajak tetamu untuk menghargai evolusi kulinari hidangan Ramadan melalui pelbagai jenis sajian merangkumi kedua-dua klasik abadi dan kulinari moden Maka , terhasillah menu menu baharu.
Kempen ini juga menekankan komitmen hotel terhadap sumber bahan dan pengurusan pembaziran makanan yang berkesan seperti pengkomposan. Langkah-langkah ini adalah sejajar dengan Inisiatif Perjalanan dengan Tujuan global Hilton, yang merangkumi perjalanan ke arah sustainability dan
mindful hospitality.
Okay jom Kaklong kongsikan serba sedikit menu yang disajikan di sini. Terdapat beberapa sides tau mengikut kategori termasuklah Chinese cuisine, Indian cuisine , Timur Tengah dan ofcourse tradisi sajian Melayu kita. Memang rambang matalah nak start makan yang mana dulu👀
kita start dulu dengan bahagian pencuci mulutlah ya, kalau korang tengok gambar gambar ni ,tu hanya sebahagian je tau sebenarnya banyak lagi menu untu pencuci mulut. Ofcourse ada pelbagai jenis kek,agar-agar dan juga buah buahan. Yang menarik perhatian Kaklong ialah agar-agar cendol tu, serius sedap tau rasa cendol! Manisan dari Timur Tengah tu pun antara favourite Kaklonglah sebab susah tau nak jumpa manisan Timur Tengah di buffet buffet ramadhan. Betul tak?
Banyakkan?ni baru sikit Kaklong tunjuk sebenarnya banyak lagi pilihan menu yang ada dari menu pencuci mulut tradisional hinggalah ke menu barat.
Banyak lagi menu yang dihidangkan tau so kalau korang nak cari tempat untu berbuka puasa di Putrajaya korang boleh booking di sini okay, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Inshaa Allah korang akan berpuas hati.Berikut Kaklong sertakan antara details berkenaan buffet ramadhan di sini❤❤
Ramadan Dinner Buffet
12 March - 18 March 2024 | 6:30pm until 10:00pm
RM148 nett per adult | RM74 nett per child
19 March - 9 April 2024 | 6:30pm until 10:00pm
RM188 nett per adult | RM94 nett per child
Highlights:
Aneka Hidupan Laut
Bubur Lambuk Kampung Baru
Pasembur Kota Lama
Kerabu Daging Salai
Udang Harimau Masak Kerutup
Temenggor Al Fresco Dinner Buffet
15 March - 9 April 2024 | 6:30pm until 10:00pm
RM128 nett per adult | RM64 nett per child
Highlights:
Aneka Didihan Sup Utara
Kambing Panggang Rempah Sangai
Satay dan Sata Ikan
Apam Balik Live Station
Siput Sedut Sambal Bumbu
Sahur Buffet
12 March - 9 April | 3:00am until 5:30am
RM58 nett per adult | RM29 nett per child
For more information, call +603 8890 0000,
email KULPR_FB@hilton.com
visit EatDrinkHilton.com
selamat berpuasa~
Comments
Post a Comment