Buffet Ramadhan Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini : Hilton Garden Inn,Puchong

Assalamualaikum dan hai semua ,
Lama tak bersiaran ya since agak sibuk sikit kebelakangan ni. Sedar sedar dah nak bulan puasakan tak lama lagi so Kaklong pun apalagi survey surveylah buffet ramadhan yang berdekatan. Alhamdulillah Kaklong berkesempatan untuk join pre- ramadhan buffet di Hilton Garden Inn di Puchong.So dikesempatan ni, Kaklong nak sharelah pengalaman Kaklong sepanjang berada di sana. 

buffet ramadhan hilton puchong

Pada kali ini, dengan bertemakan Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini, pelbagai jenis makanan tradisional diketengahkan seperti Masak Lemak Daging, Nasi Buluh, Telur Itik Lemak Mewangi, Ayam Bakar Madu. Daging Masak Hitam, dan Nasi Minyak Orang Khawin. Specialnya di buffet ramadhan Hilton Garden Inn Puchong ni, ada menu yang agak unik iaitu Pecal Salmon Percik Mangga Muda. Yang ini memang sedap, Kaklong berulang 2 pinggan la sebab rasanya cukup memang sedap dan rasanya tak dapatlah di tempat lain hanya di sini je kan? Korang pernah rasa tak? Nak cuba, meh datang sini berbuka puasa di sini. Evolusi kulinari hidangan gabungan kedua-dua klasik dan kulinari moden maka terhasillah menu menu yang baharu seperti Pecal Salmon Percik Mangga Muda.

Pecal Salmon Percik Mangga Muda


Berikut merupakan antara menu yang disajikan, macam macam ada kan?Nampak menyelerakan tak?Ada sajian tradisional kampung ada juga sajian moden seperti pizza dan pasta.






Untuk pencuci mulut pula ada 2 sides, tradisional seperti kuih lapis dan dodol turut disediakan. Terdapat juga kek dan buah buahan tau.



haa...ini confirm ramai yang ternanti nantikan iaitu kambing golek. Sambil makan ada view swimming pool pula aduh syokkan?perapannya cukup rasa.Tak dilupakan juga terdapat juga sate tau,ada sate ayam dan sate daging.






Ulam ulaman juga disediakan dan yang paling best ada beberapa jenis kerabu tau termasuk kerabu mangga dan kerabu ayam. Kaklong paling suka kerabu mangga so memang itulah pilihan Kaklong, serius sedap!





Terdapat juga 2 jenis bubur, antaranya bubur lambuk!Yang ini memang power! Korang patut try kalau berbuka puasa di sini.


So amacam terliur tak? Kepada orang orang Puchong atau yang berdekatan dengan Hilton Garden Inn, Puchong ni , meh lah berbuka puasa di sini serius korang takkan menyesal terutama bila korang dah makan Pecal Salmon tu 👀 Memang sedap!Layan habis

Kaklong selitkan butiran harga untuk buffet ramadhan di bawah ini okay❤

𝐌𝐄𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈: 𝐒𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐋𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐍𝐈
14 Mac - 7 April | 6.30pm - 10pm
Dewasa: RM138 nett | Kanak-kanak: RM98 nett 
Harga promo awal: RM108 setiap dewasa

*Untuk tempahan yang dibuat sebelum 13 Mac
Tempah meja anda hari ini:
☎️ +603 8084 1299
📩 KULPU_FB@Hilton.com

Selamat berpuasa ~

 

Comments

Popular Posts