PELAJAR LEPASAN SPM, ADA TAWARAN MENARIK DITAWARKAN DI INTEC TAU

Hai korang, haaa baru baru ni kan dah keluar result SPM dan STPM kan? Tahniah kepada semua yang  memperoleh result yang cemerlang dan kepada yang memperoleh result kurang cemerlang korang  jangan down okay , rezeki luas dan peluang untuk korang explore dunia selepas alam persekolahan  juga luas. Jangan sedih sedih dan putus asa, ingat ya rezeki tak pernah salah alamat. Kalau bukan  rezeki kita pada masa itu, mungkin ada rezeki lain untuk kita pada waktu yang lain dan dengan cara  yang lain.


haaa...korang mesti tengah tercari carikan program lepasan SPM yang mana yang sesuai kan? Kepada  yang sedang survey survey tu, nak sambung apa lepas SPM sama ada nak sambung Pre-U ke, Diploma ke, Professional  Accountancy atau short course yang dapat memperoleh sijil-sijil, haa korang jangan pening pening  dah sebab di INTEC korang akan dapat jawapannya. Masa zaman mak ayah kita, INTEC ni lebih dikenali  sebagai Centre for Preparatory Studies (Pusat Pendidikan Persediaan, PPP) yang mana sebuah pusat pendidikan bagi pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara dan setelah beberapa dekad, INTEC dikenali dengan nama INTEC Education College dan masih menyediakan peluang untuk persediaan belajar je luar negara..Hebat kan?

so nak cerita sikit pula tentang persediaan sambung belajar ke luar negara  bersama INTEC ni, anda layak untuk join transfer program Pra-Universiti seperti A-Level, A-Level German, American Degree Transfer Program, SACE International, Korean dan Japanese Preparatory Programme. Pelajar-pelajar yang apply program pre-u ni biasanya akan fly ke negara-negara luar untuk further study seperti Amerika, Australia, Canada, United  Kingdom, New Zealand dan sebagainya selepas tamat belajar di INTEC. Lebih 90% pelajar dari lepasan  INTEC Education College berjaya meneruskan pelajaran ke luar negara.


Alright kita beralih pula ke Pra-Universiti Program bersama INTEC, INTEC menawarkan program seperti A Level, A Level German, SACEi, Japanese Preparatory Programme, Korean Preparatory Programme, American Degree Transfer Programme dan sebagainya. Program Pra-Universiti INTEC juga dikenali sebagai program pra persediaan belajar ke luar negara. Lebih 90% pelajar dari lepasan INTEC Education College berjaya meneruskan pelajaran ke luar negara.


Program Diploma di INTEC juga tidak kurang hebatnya kerana pelbagai jenis program ditawarkan di  sini seperti Diploma in Business Management (DBM), Diploma in Public Management and  Governance (DPMG), Diploma in Scientific Halal Practices (DSHP), Diploma in Islamic Finance (DIF)  and Diploma in Accounting (DIA). INTEC juga memperkenalkan fast-track program diploma selama 2 tahun je secara full time course yang membantu pelajar untuk memperoleh sijil Diploma. Yang ini bestnya belajar diploma di INTEC sebab antara program diploma terpantas dalam Malaysia jika nak dibandingkan dengan program diploma di institusi yang lain.  Okay kita beralih pula ke Professional Accountancy programme di INTEC. INTEC juga  menawarkan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (UK), ACCA Foundation in  Accountancy (FIA), The Association of Chartered Accountants (ACA) for Institute of Chartered  Accountants in England & Wales (ICAEW) UK dan the Certificate in Finance, Accounting, and Business  (CFAB). Program-program professional ni tengah “in” sekarang dekat Malaysia ni dan agak famous dalam kalangan mereka yang sukakan accounting. INTEC telah menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan banyak graduan berpengetahuan tinggi dalam bidang professional perakaunan ni dan menarik nya lagi, INTEC telah melahirkan banyak prize winner atau erti kata lain pelajar-pelajar cemerlang bertaraf dunia! Haaa hebatkan?

Ramai dah alumni INTEC yang berjaya tau hasil dari pendidikan program di INTEC. Yelah INTEC ni wujud dari tahun 1982 dan ofcoz beribu dah alumni yang berjaya diluar sana hasil keluaran INTEC ni.   So korang kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan program-program yang ditawarkan di INTEC, korang pergi je website INTEC www.intec.edu.my.  Semua maklumat di hujung jari!


So , nasihat sis kalau korang yang tengah survey survey  program lepasan SPM yang menarik haaa korang bolehlah try survey INTEC ni, macam macam jenis  mode pelajaran dan course ditawarkan di sini.Ingat USAHA, DOA, TAWAKAL okay ❤

Comments

Popular Posts