Merdeka!Merdeka!Merdeka! Srikandi Tun Fatimah dan Maya Karin : Dua Zaman, Satu Jiwa memang cun melecun!C

Haluuu haluuu..Sedar tak sedar dah nak habis kalender 2023 kan, dah bulan Ogos isaitu bulan yang sinonim dengan bulan kemerdekaan untuk Malaysia.Alhamdulillah Malaysia merupakan negara yang makin meningkat maju ,tetapi kita sebagai rakyat Malaysia perlulah ada semangat patriotisme ,cintakan negara kerana tanpa pahlawan pahlawan yang terdahulu berjuang demi negara,tiadalah kita dapat menikmati apa yang kita ada pada hari ini.

Jika ditanya pada anak kecil pada hari ini, siapa tokoh tanah melayu yang diminati, pastinya disebut Mat Kilau.Yelah filem tu viral kan haaa mesti depa ingat yang tu je πŸ‘€ Itulah impak perfileman tempatan yang mengangkat jasa tokoh terdahulu. Namun,Tanah Melayu bukan sahaja kaya dengan jiwa kepahlawanan dari kalangan lelaki, tetapi para wanita juga ada wakil yang tersendiri. Antaranya, seorang puteri yang mempunyai sosok berkarisma dengan ilmu pertahanan diri penuh di dada dan bijak dari aspek kempimpinan, beliau adalah Tun Fatimah.

Buat julungkalinya, perjuangan Tun Fatimah diraikan dalam kolaborasi istimewa SofeaRose dan aktres terkenal tanahair, Maya Karin sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-66. Komited dalam menjadikan kolaborasi ini sebagai satu platform untuk menghargai perjuangan dan kebolehan pahlawan wanita ini setaraf dengan pahlawan lelaki, menjadi penyumbang idea kolaborasi SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah. Sangat sangatlah cantik ye design design corak tudung kali ni bertemakan elemen elemen semangat kemerdekaan Malaysia, tambah pula yang menggayakannya tu Maya Karin perghh memang kena lah cun !

sofearosexmayakarin
DURRA SEROJA & SRIKANDI SULAM

Maya Karin sering membawa sosok Tun Fatimah di pentas teater mengakui sangat mengagumi keperibadian dan sahsiah pahlawan wanita itu. Untuk koleksi istimewa Merdeka kali ini, Srikandi Tun Fatimah tampil dengan 4 siri tudung yang unik dan menyatukan elemen tradisi dengan sentuhan moden secara harmoni. 

“Adalah mudah untuk lari dari tanggungjawab dalam memperjuangkan warisan dan peninggalan tokoh negara kita, tetapi saya rasa adalah lebih baik dan lebih mulia jika kita dapat cari semangat untuk mempertahankan dan menghidupkan kisah-kisah perwira tanahair ini selama mungkin.” Maya Karin. Keris, corak batik, kipas tangan, dan lakaran abstrak menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan melayu tetapi dalam masa yang sama menampakkan keanggunannya dalam setiap rekaan. Hampir 10 tahun dipasaran, SofeaRose tidak pernah berkompromi soal qualiti. Ini  menjadikan SofeaRose cukup dikenali sebagai pengeluar hijab yang memperkenalkan bahan Premium Satin Silk terawal dalam industri. 

LANEEYA MESTIKA

Love kan the vibes, memang cantik sangat korang boleh pilih pelbagai design dan warna yang ngam dengan pakaian korang yang penting senang dibentuk!❤ Yang Kaklong pilih ni ,sangaaaat cantik kan .Love sangat rasa sayang nak pakai πŸ˜– tengok kotaknya pun dah premium kan tambah pula kualiti hijabnya yang memang sudah tentu tiptop😍

Biasalah Kaklongkan peminat pink pinkish ni haa so yang berwarna seakan pinklah jadi pilihan Kaklong. Serius materialnya best sangat lembut tetatpi mudah dibentuk 😎 Yang ini koleksi namanya LANEEYA MESTIKA yang bermotifkan kipas tangan tradisional.

“Kami dengan rasa teruja ingin mengimbau kembali nama tokoh unggul, Tun Fatimah pada bibir-bibir pewaris tanah melayu bagi menghargai jasa Tun Fatimah yang amat berani mempertahankan Melaka dari serangan Portugis pada suatu masa dahulu. Kami berharap lebih ramai pihak akan mengambil bahagian dalam mengekspresikan kisah tokoh-tokoh terdahulu.” kata Farrah Aina, Pengarah Kreatif SofeaRose.

Koleksi SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah telah dilancarkan di semua butik SofeaRose dansecara atas talian pada 1 Ogos 2023. Koleksi ini akan menampilkan 3 koleksi tudung bercorak, 1 tudung sulam dan 3 beg jinjing (tote bag).

sofearosexmayakarin
SRI KANDI SULAM
haaa yang ini antara koleksi shawl sulam untuk koleksi kali ini SofeaRose X Maya Karin❤ Plain shawl tapi bersulam memang klasik vibes gitu.

Koleksi edisi terhad ini diharapkan dapat menghimpunkan pencinta fesyen, penggemar seni, dan semua rakyat Malaysia untuk meraikan semangat dan kehebatan pahlawan terdahulu sempena sambutan kemerdekaan Malaysia.

CARISSA MAGIKA

Carissa Magika ini mempunyai elemen keris tradisional sebagai motif utama yang melambangkan kepahlawanan wanita, Tun Fatimah. Cantik kan? Apalagi haa korang yang nak ambil semangat OOTD vibes sempena bulan kemerdekaan ni, korang boleh dapatkan di mana mana outlet butik SofeaRose okay atau secara dalam talian❤ HAPPY SHOPPING

Untuk korang yang nak survey survey haaa pi klik link di bawah okay❤

Facebook : www.facebook.com/sofearose.my

Instagram : www.instagram.com/sofearose_hq

Tik Tok : www.tiktok.com/@sofearose_hq

Twitter : www.twitter.com/sofearose_hq

Website : www.sofearose.com

Comments

Popular Posts