MENU TERBARU MARRYBROWN ALA MEXICANA ?SEDAPKE?

 Hey gais..sekarang kan musim nachos MB pon tak ketinggalan dengan memperbaharui menunya iaitu berkonspekan Mexicana šŸ¤Korang tau tak, Marrybrown ni sentiasa usaha cari yang baru untuk peminat makanan dia. Kali ni, konsep Mexico menjadi inspirasi utama. So, dalam menu terbaru ni, ada pelbagai hidangan ala Mexico yang korang memang kena cuba!

Antara yang jadi kegemaran ramai ialah Mexicana Chicken & Chips. Ayam rangup disajikan bersama sos Mexicana yang manis dan pedas. Tak lupa kentang goreng pun ada sekali. Harga bermula dari RM17.90. Nak yang mudah tapi sedap, boleh try Kombo Mexicana Chicken Wrap. SERIUS padu!



Penggemar ayam, jangan risau. Ada juga Kombo 2-ketul Mexicana Chicken bermula dari RM20.80. Setiap hidangan kombo tu ada segelas Fresca Fizz yang menyegarkan, serta Corn Chips dan Salsa Fresca sebagai hidangan sampingan. Kalau korang nak pilihan yang padu, Mexicana Feast adalah jawapannya. Ada 1-ketul Mexicana Chicken, Mexicana Chicken Wrap, Corn Chips, dan Fresca Fizz dalam setiap hidangan. Harga bermula dari RM25.80. Jangan lupa tambah Nacho Cheesy Crunch (harga bermula dari RM6.20) dan Apple Pie (harga bermula dari RM3.50) untuk penuhkan kenyang!




Rasakan keunikan Fiesta Mexicana ni. Untuk maklumat lanjut, promosi, dan servis penghantaran, boleh kunjungi laman web Marrybrown di https://marrybrown.com/ atau install Aplikasi MB di https://mbapp.marrybrown.com/. Dan jangan lupa follow sosial media Marrybrown di Facebook (Marrybrown Malaysia), Instagram (Marrybrownmyc), TikTok (Marrybrownmy), dan YouTube (Marrybrown TV) untuk update terkini.


Comments

Popular Posts