MAKAN MACAM BOS DENGAN AYAM BAKAR OH-SEMM DI THE CHICKEN RICE SHOP!

 Hai korang, korang tahu tak sekarang ni di The Chicken Rice Shop dah ada ayam bakar tau haaa korang kena try sebab rasanya lain dari yang lain..

Haaa kaklong dah try dah rasanya sedap pekena pula dengan air asam masam masam pedas tu memang ngamlah senang cerita.


Inilah set ayam bakar ohsem tu..Didatangkan nasi ,ayam bakar ,sup dan sayur 😄 Kalau nak tanya harga pula, jap lagi di bawah ni kaklong sertakan kay.



Demi memenuhi permintaan pelanggan, Ayam Bakar Oh-Semm kini tersedia dalam tiga set berbeza yang sesuai untuk dinikmati secara berkumpulan atau individu. Sama ada anda makan bersama-sama para sahabat dan ahli keluarga atau pun bersendirian, pilihan menu yang tersedia pasti memuaskan citarasa semua.
 
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa tahun ini sangat istimewa kerana restoran tempatan tersebut kini meraikan ulang tahun yang ke-23 dalam industri F&B. Untuk menambahkan kemeriahan, TCRS mengambil peluang ini untuk memenuhi permintaan para pelanggan dengan mengembalikan hidangan yang sangat digemari ramai. 


“Di TCRS, kami menghargai maklum balas pelanggan dan kami komited untuk menyediakan pengalaman santapan yang terbaik bagi mereka. Permintaan yang memberangsangkan untuk Ayam Bakar Oh-Semm telah mendorong kami untuk menjadikannya sebagai item tetap dalam menu TCRS dan kami sangat teruja untuk mengembalikan hidangan ikonik ini supaya pelanggan kami dapat ‘eat like a boss’ with ABOS,” kata Kah Yong.


Sempena sambutan ulang tahun ke-23, The Chicken Rice Shop menjemput para pelanggan untuk mengunjungi cawangan TCRS terdekat untuk menikmati kelazatan Ayam Bakar Oh-Semm. Dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah menarik dalam peraduan Ayam Bakar Oh-Semm yang sedang berlangsung dari 12 Jun hingga 6 Ogos 2023!


Jom kita sama-sama menikmati warisan masakan tempatan yang pasti menambat hati dan menjamu selera macam bos dengan ABOS!


Untuk maklumat lanjut mengenai menu & peraduan Ayam Bakar Oh-Semm, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/



Comments

Popular Posts