EGG-STRA ONG!! EGG-STRA ONG!! MARRYBROWN KEMBALI LAGI DENGAN MENU EGG-STRA ONG YANG ‘LAGI POWER’ UNTUK SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA

eggstra ong marrybrown

Hello Hello semua, tak sabar nak cutikan tak lama lagi👀 yelah cuti sempena CNY hehe apa plan kali ni? Nak berjalan ke mana pula? Ataupun nak cari makan kat mana pula tu👀 Petang tadi Kaklong ternampak iklan MARRYBROWN (MB), adoi terliur pula yelah menu baharunya kini bertemakan Salted Egg. Kalau tak silap Kaklong, tahun lepas pun MB memperkenalkan menu bertemakan Salted Egg juga tapi kali ni ada menu baharu tau haaa nak tahu apa? Jom kita sama-sama ke MB berdekatan untuk try sedap ke tak ❤




Sempena Tahun Arnab yang dinanti-nantikan ini, Marrybrown kembali lagi dengan hidangan Egg-stra Ong untuk dinikmati oleh seluruh keluarga. Menu kali ini ‘lagi power’ dengan limpahan sos telur masin yang padu dan lazat serta menu tambahan masa terhad. Dapatkan segera mulai sekarang sementara stok masih ada!

marrybrown

Masih mempertahankan ‘Ada kelainannya’ untuk penggemar Memang Best mereka, menu baharu kali ini dipelbagai dengan hidangan Egg-stra Ong Fish Pau, kentang goreng telur masin, pai pisang dan Fruity Fizz. Kesemua sajian ini sememangnya disempurnakan dengan rasa masin, manis dan pedas sehingga memberi keenakan yang pasti memenuhi citarasa anda!❤

eggstra ong marrybrown

“Sejak menu Egg-stra Ong diperkenalkan, kami telah menerima maklum balas positif daripada para penggemar kami untuk membawa kembali menu ini setiap tahun, terutamanya menjelang Tahun Baharu Cina. Kami berbesar hati untuk membawa kembali hidangan Egg-stra Ong yang ‘lagi power’ dengan limpahan sos telur masin dan juga dengan tambahan sajian baharu lain untuk dinikmati pada tahun ini,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

eggstra ong  marrybrown

Egg-stra Ong Fish Pau, adalah gandingan sempurna bersama roti kukus dan sos Egg-stra Ong. Penggemar akan merasai kenikmatan dan kelazatan sebenar filet ikan yang lembut kerana ia digoreng sehingga perang keemasan. Ia boleh didapati dalam menu à la carte 2-keping dengan harga dari RM7.80 dan set kombo dengan harga dari RM14.80.


Kaklong dah rasa Egg-stra Ong Fish Pau ni, paunya sangat lembut dan sos salted egg jangan ceritalah memang melimpah limpah ❤

Bagi penggemar yang inginkan ayam rangup atau menu burger, mereka boleh memilih Kombo 2-pc Egg-stra Ong Chicken dengan harga dari RM20.80, atau Kombo Egg-stra Ong Burger bermula harga dari RM16.80. Jika ada yang mahu menikmati kedua-dua pilihan ini, Egg-stra Ong Box Meal adalah pilihan yang paling tepat dan ianya dijual dengan harga dari RM25.80. Untuk lebih menyempurnakan sajian anda, tukar kentang goreng biasa kepada kentang goreng yang ditaburi dengan serbuk telur masin! Anda boleh merasaikan pengalaman sebenar yang ‘lagi power’ dengan harga tambahan RM1.00 sahaja atau menikmatinya dengan semua hidangan Kombo Egg-stra Ong.








haaa untuk kali ni, Kaklong pilih kentang goreng yang ada taburan Salted Egg hehe yelah setahun sekali kan CNY so kali nilah nak merasa kelainan menu 😁

Semua hidangan kombo dilengkapi dengan segelas Fruity Fizz yang menyegarkan dengan gabungan perisa oren, nanas, mangga, dan buah naga. Manakala Egg-stra Ong Box Meal pula tersedia dengan kentang putar, kentang goreng, dan minuman. Jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut Marrybrown yang baharu - pai pisang kombinasi enak kerak pai serta inti pisang yang manis lagi lembut dan ia boleh didapati secara tambahan dengan setiap pembelian hidangan pada harga dari RM3.50.






Pai Pisang ni tak manis sangat tau so sesiapa yang suka pencuci mulut yang tak terlalu manis, haa inilah pilihan yang tepat❤

“Sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada pelanggan adalah motivasi yang mendorong kami untuk sentiasa meningkatkan kualiti makanan dan perkhidmatan disamping menyediakan hidangan yang lazat, khas untuk semua rakyat Malaysia. Kami bersyukur dapat menyajikan hidangan Egg-Stra Ong kepada penggemar kami dan kami berharap menu istimewa ini dapat membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia sempena perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini dan juga yang akan datang,” kata Dato’ Joshua Liew.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan di lebih 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makan yang sempurna. 

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 


Laman Web: https://marrybrown.com/ 

Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/ 

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

So jangan lupa okay try menu baharu dari MARRYBROWN!!EGG-STRA ONG YANG ‘LAGI POWER’ 

Comments

Popular Posts