“AYAM HOT-AH”! Sertai Cabaran AYAM HOT-AH ,The Chicken Rice Shop bersama yang tersayang pada Tahun Baru Cina ini sambil menikmati menu pedas dan lazat yang baru dilancarkan!

Hai korang siapa dekat sini peminat Nasi ayam? haaaa korang mesti tahu kan tentang The Chicken Rice Shop, ye sempena CNY ni The Chicken Rice Shop memperkenalkan menu baru tau meh Kaklong share sikit tentang menu baru tu.

The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan menu terbaharu mereka, Ayam Hot-Ah yang diperkayakan dengan limpahan perisa dan kelazatan yang melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina. Boleh didapati mulai sekarang sehingga 28 Februari 2023, menu yang memukau ini pasti memikat citarasa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga pada waktu perayaan yang bakal tiba.



Disempurnakan dengan adunan lazat kuah berperisa pedas, dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang, hidangan ini pasti akan membuat anda menyuarakan “Hot-Ah”! Sama ada anda ingin menikmati hidangan baharu ini bersendirian atau mahu berkongsi bersama yang tersayang, TCRS telah menyediakan menu yang menampilkan tiga set yang berbeza untuk pilihan anda.

Ha minggu lepas Kaklong dan husband berpeluang untuk merasa sendiri menu baharu ni..Kami order set ayam Hot Ah ni saja nak try sebab katanya viral kan rugilah kalau kita tak try sendiri.Kebetulan pula masa tu perut memang lapar nampak pula TCRS apa lagi terus masuklah.


Untuk meningkatkan keriangan perayaan tahun baru, TCRS mengajak para pelanggan mereka untuk mengambil bahagian dalam cabaran ‘Ayam Hot-Ah’ (di mana peserta dijemput untuk menghantar video merekodkan jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif) anjuran TCRS bersempena pelancaran menu baharu ini.

Psst.. Kaklong pun try juga cabaran Ayam Hot Ah ni hehe saja try tapi memang pedaslah hidangan ayam ni sebenarnya so sesiapa yang penggemar makanan yang pedas pedas korang patut try menu ni okay..



haaa merah menyala kan..siapa berani nak try meyh try serbu hehe 👻👻👻 pastu join sekali challenge ayam Hot Ah okay💃

Sedikit info tentang menu baru ni, Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa dalam hampir setiap budaya, makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam isi rumah kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah, oleh itu, hidangan ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.

“Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami. Kami bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan kami dan dengan menu Ayam Hot-Ah, pelanggan kami pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini,” kata Kah Yong.

Untuk meningkatkan keriangan perayaan tahun baru, TCRS mengajak para pelanggan mereka untuk mengambil bahagian dalam cabaran ‘Ayam Hot-Ah’ (di mana peserta dijemput untuk menghantar video merekodkan jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif) anjuran TCRS bersempena pelancaran menu baharu ini.

“Rakyat Malaysia sentiasa teruja menantikan musim perayaan dan bersama-sama meraikan dengan yang tersayang. Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian. Di samping itu, kami inging menunjukkan cara yang berbeza untuk meraikan tahun baru ini dengan menghasilkan cabaran jeritan “Hot-Ah” di mana para peminat boleh mencabar satu sama lain untuk menyuarakan “Hot-Ah” yang terpanjang mengikut kreativiti masing-masing,” tambah Kah Yong.

So korang yang berminat untuk menyertai cabaran menarik ini dan berpeluang memenangi baucar sedapZ TCRS! 

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/



Comments

Popular Posts