MAJLIS PELANCARAN KEMPEN YEAR END ZAKAT 2022 (YEZ2022)- MEMBERI TANDA SYUKUR

Assalamualaikum semua, apa khabar? sedar tak sedar dah nak penghujung 2022 kan, sekejap sahaja masa berlalu.Korang dah bayar zakat?Jangan lupa tau bayar zakat.Di zaman yang moden kini, mudah sahaja membayar zakat tiada alasan tiada masa lah, jauhlah, sekarang semuanya mudah hanya di hujung jari pun boleh.

Baru-baru ini, pada 26 November 2022 di AEON AU 2 Setiawangsa, Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah berjaya melancarkan Kempen Year End Zakat 2022 atau lebih dikenali sebagai YEZ2022. Pelancaran kempen ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Alhamdulillah majlis pelancaran berjalan dengan lancar dan meriah.Pelbagai aktiviti disediakan serta jualan gerai-gerai turut diadakan di sekitar majlis pelancaran. Majlis dimulakan dengan bacaan doa ,bayaran zakat perniagaan ,sumbangan Bakul Rezeki kepada 10 orang asnaf, persembahan dari artis tempatan dan kemudiannya sesi Sembang Santai YEZ bersama KPE PPZ-MAIWP serta pelancaran YEZ 2022.

year end zakat 2022
Majlis Pelancaran YEZ2022 

 

Sesi Sembang Santai YEZ 2022


Kempen YEZ 2022 ini bermula pada 26 November sehingga 31 Disember 2022 dan untuk pengetahuan semua, kempen ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk menunaikan kewajipan berzakat sebelum 31 Disember 2022. Tema kali ini merupakan 'Memberi Tanda Syukur' , PPZ-MAIWP ingin mengajak seluruh masyarakat Islam untuk menzahirkan kesyukuran dengan menunaikan zakat untuk kelangsungan hidup asnaf ,lebih lebih lagi kini kita di dalam situasi ekonomi yang agak sukar. Selari dengan motonya iaitu 'Memudahkan Anda Berzakat', PPZ-MAIWP juga telah menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bayaran khususnya menjelang hujung tahun ini bagi memberi ruang kepada pembayar zakat untuk mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan.


yez2022

Berikut adalah antara perkhidmatan dan kemudahan bayaran zakat yang disediakan:

1. 10 Kaunter PPZ-MAIWP

Dimana bayaran zakat boleh dilakukan di 10 kaunter PPZ-MAIWP sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sepanjang Disember ini, kaunter akan dibuka 7 hari seminggu bermula 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

Friday+

Istimewanya pada tahun ini,PPZ-MAIWP akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap hari jumaat sehingga 9 malam. Bukan itu sahaja, 30 pembayar terawal di setiap kaunter pada hari jumaat akan mendapat baucar KFC bernilai RM 10.


2.Portal PPZ-MAIWP & Aplikasi MYZAKAT

Pembayar zakat juga boleh membayar zakat secara dalam talian melalui www.zakat.com.my  atau diaplikasi MyZakat yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple Store. Pembayar juga boleh kira,bayar dan juga semak rekod bayaran.


3.Ejen-Ejen Kutipan Zakat

Pembayar zakat juga boleh dibuat melalui ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP iaitu melalui perbankan internet ,portal online ,e-wallet ,kaunter-kaunter bank dan pos.


4. Zakat+ @MYTEMUJANJI

Zakat+ @MYTEMUJANJI berperanan sebagai 'one stop centre' bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat menetapkan temujanji bagi perkhidamatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door to Door & Ride2U. Untuk tempahan,pembayar boleh melayari link portal di https://mytemujanji.zakat.com.my/


5. Talian Zakat

Nilai tambah baharu yang mana pembayar zakat bukan sahaja boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat, malah dengan hanya satu panggilan ke 1 300 88 57 57 pembayar juga boleh menunaikan zakat.


Bukan itu sahaja , pembayar yang menunaikan zakat sepanjang kempen ini berlangsung ,berpeluang untuk memenangi lebih 500 hadiah menarik. Pemenang akan dipilih melalui cabutan secara rawak tertakluk terma dan syarat. Bersempena dengan kempen YEZ 2022 ini, PPZ-MAIWP turut mengadakan program dan pengisian yang merik untuk para pembayar zakat antaranya seperti program turun padang, ZakaTalk, CEO Talk, Istimewa 12.12 dan banyak lagi.

Antara hadiah yang menanti

Pada majlis yang sama, turut diadakan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM 532,350.11 daripada Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd ( RM 375,220.38) dan Kop. Jaya Murni Wanita Bhd ( RM 157,129.73) 

Sesi penyerahan zakat perniagaan

Sumbangan berbentuk Bakul Rezeki yang terdiri daripada barangan makanan kering seperti beras,minyak, maggi dan sebagainya yang bernilai RM 100 dengan nilai keseluruhan sumbangan sebanyak RM 10,000.00 turut diberikan kepada 100 asnaf di kawasan PPR sekitar Setiawangsa ,Kuala Lumpur.

Sesi penyerahan sumbangan Bakul Rezeki


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Hakim Amir Osman, program serahan zakat perniagaan dan sumbangan zakat kepada asnaf dalam majlis ini menunjukkan kepada masyarakat dengan jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak di mana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat Islam.

"Dalam situasi negara berhadapan dengan krisis ekonomi, kita yang masih diberi rezeki perlulah tampil untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk saling melengkapi antara satu sama lain", katanya.

Untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai kempen YEZ2022 ini, sila layari www.zakat.com.my/yez2022


"PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT"


Comments

Post a Comment

Popular Posts