Museum of Illusions, Kuala Lumpur tempat viral ke?

 Hai hai semua❤

Apa plan cuti ni? This week cuti 3 hari kan? nak ke mana tu agaknya ya? haaa semalam kaklong ke KL ๐Ÿ‘€saja ambil angin KL pula hehe beriya la search tempat tempat viral di KL haaa sekali terjumpalah iklan tentang Museum of Illusions ni..Aik dekat Bukit Bintang je rupanya haa dekatlah ni ke tempat yang kita nak melawat kawasan ni. So basically tak plan pun nak ke sini tapi alang alang dah sampai Bukit Bintang kan, dahlah sekarang banyak makanan viral ye di Bukit Bintang. Apalagi food hunting sekalilah kan dah alang alang sampai tu. So kami parking kereta di Lot 10, RM 10 untuk 3 jam pada masa tulah.Tengok Google Map dan Waze lokasi Ansa Hotel ni berdekatan dengan Lot 10 so mudahlah untuk just berjalan kaki je nak ke situ. Oh ya, Museum of Illusions , KL ni berada ni tingkat 1 & 2 Ansa Hotel, KL. Serius dekat sangat dengan Pavillion.

Sampai je di depan pintu gerbang Museum of Illusions,KL haa korang akan nampaklah kaunter pendaftaran dan pembayaran tiket. Harga tiket untuk dewasa RM 35 dan kanak kanak pula RM 25.Jangan risau ada macam macam jenis pakej disediakan di sini seperti pakej untuk harga pelajar dan warga emas. Waktu operasi pula dari 10 pagi hingga 10 malam , Isnin hingga ahad. So korang boleh lah nak ke sini pada waktu malam pon no hal๐Ÿ˜Ž just sediakan duit je kay untuk pembayaran tiket.


Uniknya tentang Museum of Illusion, KL ni adalah di sini terdapat beberapa bilik yang menonjolkan ilusi yang memberikan kita pandangan yang berbeza dari segi visual, ha macam mana tu? Kita boleh kelihatan kecil ataupun besar melalui teknik ilusi visual. Bukan editing kay, ni ilusi cewah ๐Ÿ˜„

 
Ia menggabungkan ruang pameran interaktif di mana kita akan bermain dengan ilusi pandangan mata (optical illusions), hologram , anti-graviti dan sebagaiya. Tengoklah sakan Big Boss I ni OOTD uolls.



Ada pelbagai sudut menarik lagi untuk korang terokai dan hasilkan pose-pose rare di setiap sudut ruang pameran di Museum Of Illusions ini. Memang menarik jika datang bersama anak-anak dan kawan-kawan. 




Di sini juga terdapat bilik mainan pintar, ha dekat sini korang boleh challengekan minda korang untuk menyelesaikan masalah. Paling sukar the devil cube tulah sampai ke sudah tak berjaya ๐Ÿ˜ข




Ni menarik tau. mata dia akan ikut pergerakan kita.. Seram juga nengoknya ๐Ÿ˜–


Ni port OOTD lawa ni, aesthetic gitu ๐Ÿ˜œ


Ni pun syok duk lihat imej wajah kita terakam dan bertukar-tukar posisi dalam teropong kaleidoscope. Seronok sangat berputar-putar wajah terbentuk . Sebenarnya banyak lagi ruang pameran yang korang boleh explore bersama keluarga dan kawan-kawan.Korang just bayar tiket masuk dan alamilah sendiri okay fun ke tak fun๐Ÿ‘€


Gambar Fav, nampak Kaklong kecil ye di situ comel tak๐Ÿ˜ So uolls , for me kaklong boleh bagi 5 stars untuk Museum of Illusions, KL ni. To all yang taktahu nak bawak anak anak berjalan ke mana, ha.. moh le ke sini, mesti depa excited uolls๐Ÿ˜ I yang dah tua ni pun excited haha yelah lain daripada yang lain kan. Ingat museum membaca je tapi haa yang ni kita sakan tangkap gambar dan bermain game. So uolls, jangan lupa masukkan dalam list kay tempat yang menarik yang patut korang kunjungi bila dah sampai di KL ni , specifically Bukit Bintang.. Have Fun korang๐Ÿ˜€ Jangan lupa bawa powerbank phone, sakan tangkap gambar tu nanti low pula batterynya

Comments