PORT LUNCH PALING BEST DI KUALA TERENGGANU - KBB BURGER & STEAK #KBBSTEAK KUALA TERENGGANU
Hai korang❤ Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls๐
Ada kat sini orang orang Kuala Terengganu tak? Korang pernah singgah di KBB Burger & Steak? ๐ Nak jadikan cerita, hari tu Kaklong scroll scroll Instagram nak cari port makan viral la di Kuala Terengganu haaa terjumpa pula KBB Burger & Steak ni. Rupa rupanya KBB Burger & Steak ada 2 cawangan , satu di Kota Bharu satu lagi pula di Kuala Terengganu. Untuk pengetahuan semua, outlet Terengganu ni outlet kedua KBB tau! KBB Burger & Steak pada asalnya, hanya dibuka di Kota Bharu kemudian pada penghujung Februari 2022, outlet Terengganu mula beroperasi.
Tengok gambar gambar posting di Instagram KBB Burger & Steak aduii terliur pula, rasa nak jilat screen je ๐Nampak menyelerakan sungguh tambah Backribs yang disajikan di KBB Burger & Steak, best seller weh๐ Tengok pula beberapa artis dan influencer review kata sedap sedap adoi lagilah hati ni membuak buak nak cuba ๐Kira restoran ni antara pilihan ramai VVIP, Influencer/ Instafamouslah..Korang boleh lihat sendiri review dan feedback di Instagram KBB Burger & Steaks.
Okay gais, kita nak makan mestilah nak dalam keadaan bertenang betul tak? nak menikmati hidangan yang telah diorder , perkara 'wajib' sekarang ni haaa tangkap gambar makanan dulu ๐Benda tu dah jadi kebiasaan betul tak? Tambah tambah bila kita ke tempat makan yang viral, handphone 'makan' dulu dari kita. Bak kata orang sekarang, Instagram/ Tiktok saw it first ha gituuuu~ Ruang makan ekslusif & selesa, so korang tak perlu risaulah berhimpit himpit duduk ke kan, di outlet KBB Burger & Steak Kuala Terengganu, ruangnya agak besar so boleh muat dalam 80 - 100 orang dalam satu masa.Yang kaki bergambar, banyak spot nak berOOTD kat sini ๐Ade mural lembu wagyu, memang style!Di sini juga kita boleh pilih nak dining outdoor ataupun indoor ,ikut keselesaan para pelanggan. Kalau Kaklong, Kaklong jenis suka dining indoor ❤ Restoran ini bukan sahaja popular sebab suasananya yang cantik, malah makanan di sini juga sangatlah sedap ye uolls. Kira bukan indah khabar dari rupa ๐
As uolls can see, dekat Instagram KBB Burger & Steak, pelbagai jenis sajian kita boleh dapati di sini and the best part is ,majority pelanggan bagi feedback yang positive ❤
Untuk uolls yang teringin mencuba burger yang lain dari yang lain,korang bolehlah try di KBB Burger & Steaks ni. Nama restoran pun KBB Burger & Steaks kan, mestilah ada jual burger ๐ Pelbagai jenis burger terdapat di sini, antaranya burger ayam, daging, kambing dan wagyu. Paling viral burger wagyulah ๐ Susah nak dapatkan , tapi di KBB Burger & Steaks sekali rasa pasti korang nak repeat lagi. Untuk coffee lover, pelbagai jenis coffee turut disediakan di sini, nak lepak lepak borak dengan kawan ke kan santai santai haaa mai sini ๐
Okay kepada sesiapa yang plan nak ke Kuala Terengganu, atau orang orang Terengganu, mai la datang ke KBB Burger & Steaks di Kuala Terengganu dan try sendiri rasa keenakkan sajian yang dihidangkan. Boleh waze je kan mudah ❤
KBB Burger & Steak Kuala Terengganu
Kuala Terengganu
Lot 4063 Jalan Sultan Zainal Abidin
2000 Kuala Terengganu
Terengganu
No : 010 254 1001 (KBB Burger & Steak Kuala Terengganu)
Operation hours : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)
Kalau ke Kota Bharu, korang boleh ke outlet KBB Burger & Steak di Kota Bharu pula okay❤fuhh memang mantap. Agak-agak lepas ni diorang buka kat mana pulak ya?๐
KBB Burger & Steak Kota Bharu, No 2713 Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu,
Kelantan.
Korang boleh survey survey menu dan dapatkan info terkini di laman sosial KBB Burger & Steaks :
• https://www.facebook.com/kbbburgerandsteak (KBB BURGER & STEAK KOTA BHARU)
• https://www.facebook.com/kbbburgerandsteakterengganu (KBB BURGER & STEAK KUALA
TERENGGANU)
• https://www.instagram.com/kbbburgerandsteak
TIKTOK
• https://vt.tiktok.com/ZSdKfrnDy/
Tunggu apa lagi, jom serbu KBB Burger & Steaks ๐
Comments
Post a Comment