Meraikan Malaysia bersama Tuna dan Saba Kegemaran daripada Ayam Brandâ„¢
Mengapa anda perlu menambah tuna dan saba dalam diet?
Tuna Ayam Brandâ„¢ dan Saba Ayam Brandâ„¢ kaya dengan Omega-3, penyediaan yang mudah dan enak untuk kebaikan diet anda dan seisi keluarga. Sama ada anda muda, aktif, matang atau hamil, pengambilan makanan yang kaya dengan Omega-3 boleh membantu membentuk rakyat yang lebih sihat dan negara yang teguh.
Dalam suasana kemeriahan meraikan pembentukan Malaysia, Ayam Brandâ„¢ telah mengumpulkan beberapa resipi tempatan yang berbeza dan mudah bagi membolehkan anda mencuba dan meraikan peristiwa penting ini menerusi sajian makanan yang enak!
Antara Resepi Mudah menggunakan produk Ayam Brand
Resipi-resipi ini memaparkan Tuna Ketulan Dalam Minyak Zaitun Light Ayam Brandâ„¢, Saba Cili Ayam Brandâ„¢, Tuna Kepingan Dalam Air Light Ayam Brandâ„¢ dan Tuna Cili Ayam Brandâ„¢ dalam masakan Melayu, Cina, India dan tradisional.
Nasi Lemak Sambal Tuna
Nasi Lemak adalah hidangan kebangsaan Malaysia. Setiap keluarga mempunyai versi mereka tersendiri. Jadikan
nasi lemak anda lebih sihat dengan menggunakan Tuna Ayam Brandâ„¢ untuk satu hidangan sambal yang tinggidengan kebaikan Omega-3. Ini caranya:
Untuk menyediakan pes sambal, kisar bawang besar, bawang putih, pes cili dan halia bersama air.
Buka dua tin Tuna Ketulan Dalam Minyak Zaitun Light Ayam Brandâ„¢ dan tuangkan minyak zaitun dalam tin
tersebut ke dalam kuali yang panas. Tambahkan sedikit minyak masak sekiranya perlu. Tumis pes sambal dalam
minyak sehingga harum atau kira-kira lima minit. Tambah gula dan garam sehingga cukup rasa dan diikuti
oleh serai. Kemudian, masukkan ketulan tuna yang diketepikan sebelum ini. Masak sehingga sambal menjadi
pekat mengikut selera anda.
Untuk lebih memudahkan, sediakan nasi lemak dengan menggunakan Santan Kelapa Ayam Brandâ„¢.
Lengkapkan hidangan nasi lemak bersama sambal tuna anda dengan hirisan timun, telur rebus,
ikan bilis dan kacang goreng.
haaa amacam? mudahkan? semudah ABC
Peratal Saba
Peratal atau kari India kering adalah sejenis masakan berkuah pekat kerana tiada cecair dimasukkan semasa proses masakan. Ia merupakan hidangan kegemaran dalam kebanyakan kediaman masyarakat India dan di restoran-restoran yang menghidangkan nasi daun pisang. Tingkatkan pengambilan Omega-3 anda dengan sajian peratal saba yang pedas dan amat mudah disediakan ini.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga harum. Tambahkan Tomato Cincang Ayam Brandâ„¢, garam, daun kari, serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar. Masak sehingga tomato menjadi lembut dan menjadi pekat. Tambahkan Saba Cili Ayam Brandâ„¢ dan kacau atas api sederhana sehingga ikan dan kuah bercampur sebati.
Peratal Saba menjadi lebih lazat dengan perahan lemon atau limau serta dihias dengan daun ketumbar. Hidangkan ia bersama nasi atau roti seperti capati
Sup Wantan Tuna
Sup wantan merupakan satu hidangan yang selesa untuk dimakan setiap hari. Tambahkan manfaat nutrisi Omega-3 dalam hidangan wanton anda dengan menggantikan daging dengan tuna.
Amat mudah untuk menyediakan ladu (dumpling) tuna. Toskan air yang ada dalam tin Tuna Kepingan dalam Air Light Ayam Brandâ„¢. Gaul kepingan tuna bersama lada hitam, garam, minyak bijan dan daun bawang yang dihiris halus. Masukkan satu sudu besar ikan ini di dalam kulit wanton dan bentukkan lipatan dengan sedikit air. Dengan perlahan-lahan, masukkan wanton dalam air panas, kacau dan keluarkannya apabila ia timbul ke permukaan.
Hidangkan wanton tuna anda dengan sup ringkas dan mi. Bagi memeriahkan hidangan anda, tambahkan sayur pak choy yang telah distim dan sedikit minyak bawang atau minyak bawang putih.
Ubi Rebus dengan Sambal Tuna Cili
Ubi rebus atau ubi kayu rebus adalah sajian kegemaran ramai, khasnya bagi mereka yang dibesarkan di kampung. Walaupun ia boleh dihidangkan sebagai satu sajian pencuci mulut yang manis, namun hidangan ini menjadi lebih menyelerakan apabila dimakan bersama sambal pedas.
Hasilkan hidangan nostalgia kegemaran Malaysia yang lebih sihat dengan Tuna Cili Ayam Brandâ„¢ yang kaya dengan Omega-3. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Potong kecil anggaran saiz 5cm. Dalam sebuah periuk, didihkan air dan masukkan garam. Masukkan potongan ubi kayu dan masak selama 30 minit. Keluarkan ubi kayu yang telah dimasak menggunakan senduk berlubang.
Hidangkan ubi rebus itu bersama Tuna Cili Ayam Brandâ„¢ sebagai pencicah. Untuk menambahkan lagi keenakan dan rasa pedas, tambah bawang besar, cili padi dan daun ketumbar yang telah dipotong halus serta perahkan sedikit limau atau lemon pada sajian tuna berkenaan.
Nak lagi resepi mudah?
Banyak lagi resepi resepi yang mudah dengan menggunakan produk Ayam Brand tau. Korang hanya perlu dapatkan resipi penuh di pautan ini (https://docs.google.com/document/d/1F6qrbrXBsOvL_2HBDqBO1QiC4H0xprfIEOf8rRZUsVc/edit?usp=sharing) (gunakan akaun Gmail untuk mengakses) dan untuk lebih banyak resipi, layari www.ayambrand.com.my
Produk-produk Ayam Brandâ„¢ boleh didapati di rangkaian Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, Bens, Hero, Mydin, TF Value, The Store/Pacific, Econsave dan Matahari, atau dengan mengunjungi Kedai Ayam Brandâ„¢ di Shopee dan Lazada.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan beg tote Ayam Brandâ„¢ edisi terhad yang praktikal dan berguna secara percuma dengan setiap pembelian bernilai RM30 produk Ayam Brandâ„¢ atau yumeat di rangkaian-rangkaian terpilih.
Untuk memenangi kredit e-dompet bernilai RM30, kongsikan gambar menggunakan beg tote ini di laman sosial bersama kapsyen paling kreatif anda dengan meletakkan tanda pagar #Ayam130Tahun serta menghantar DM resit pembelian anda ke laman Instagram Ayam Brand Malaysia. Peraduan ini bermula dari bulan September hingga Oktober ini.
Bukan itu sahaja! Kunjungi Concourse, Orange Atrium, Sunway Pyramid dari 2 hingga 6 November 2022 untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik.
Comments
Post a Comment