Photopia Self Photo Studio KL- Tak boleh move on gambar cantik sangat weh
Hai korang korang❤
Viral kan baru ni kat TIKTOK pasal Self Photo Studio 👀 Banyak je sekarang choices untuk kita pilih, konsep macam mana yang kita mahukan. Disebabkan teracun dengan video video aesthetic di TIKTOK, so Kaklong pun ke PHOTOPIA SELF PHOTO STUDIO di Mont Kiara. Sebenarnya sebelum ni Kaklong pernah nak ke sini tapi takut pula harga pakejnya mahal kan, so buatlah research sikit tentang harga. Lahhhh...takdelah mahal sangat. Harga yang berbaloilah bagi Kaklong sebabnya kualiti gambarnya sangat superb !!! Tak le move on weh.. serius macam gambar photoshoot untuk majalah cewah.. Tak dapat photoshoot ala artis so kita self photoshoot jelah mampu ye😂
Okay cerita pasal bilik studio photoshoot ni pula..korang akan nampak screen ni dan akan diberikan remote untuk tekan on camera, so mudahlah tangkap gambar just klik sahaja. Hasilnya akan terpapar di skrin ni. Tak puas hati , haaaa ambil la gambar banyak banyak hahaha tapi dekat atas skrin tu ada timer so jeling jelinglah timer tu kay takut terlebih masa pula 👀
Korang nak posing macam mana pun posinglah sebab takde siapa yang ada kecuali member member korang yang berphotoshoot sekali dengan korang tulah. So ada privacy takdelah malu malu kucinglak tengok kamera kan. Kalau korang taktahu macam mana nak posing ke apa, dont worry staff staff kat sana semua friendly, Boleh je diaorang ajarkan kay
Nilah hasinya...Kaklong siap framekan lagi haha sampai sekarang still tak boleh move on dengan kualiti gambar dari PHOTOPIA SELF PHOTO STUDIO ni. Memang cantik ya amat weh...So to all yang kaki bergambar, nak ambil gambar konvo ke pre wedding ke birthday ke bolehla datang ke sini
Photopia Self Photo Studio KL
1F-01, 163 Retail Park, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Kalau nak mudah, korang booking je dulu by Whatsapp atau di Instagram PHOTOPIA SELF PHOTO STUDIO KL okay❤ Have fun
Comments
Post a Comment