apa yang bestnya tentang ZINUS ni?

 Hai korang, 

Assalamualaikum❤ Pejam celik pejam celik lagi beberapa minggu Kaklong akan melansungkan perkahwinan  In shaa Allah. Banyak persediaan diperlukan terutama urusan majlis akad nikah dan juga majlis resepsi. Tapi... dalam sibuk sibuk membuat persiapan untuk majlis, Kaklong dan encik tunang ada juga menyiapkan urusan rumah ๐Ÿ˜€ Yelah In shaa Allah lepas nikah, bermulalah kehidupan baru bersama kan, lebih selesa kalau ada rumah sendiri.

Biasalah mula mula baru dapat rumah, pusing satu IKEA la cari perabut yang sesuai dan kena dengan bajet. Then, masa tengah makan tetiba ada ternampak posting berkenaan dengan ZINUS. Ibu pun ajaklah kami ke showroom Zinus di Puchong. Berkenan dengan hat design katil kayu ni ha..lawa weh๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€ Apa lagi grab lah yang tu hehe

Alhamdulillah Sabtu minggu depannya sampai dah parcel katil idaman kita ni. By pos je tau, mudah. 2 kotak sampai, 1 untuk bedframe 1 lagi tilam. Nak tengok? serius pelik kan macam mana muat dalam kotak je tilam tu๐Ÿ‘€ haaa...vacuumed packed la..

katil zinus

tadaaa...sampai dah..berdebar debar nak pasang ni.. yelah kena pasang sendiri , kalau harapkan kaklong yang pasang mungkin tahun depan la baru siap ๐Ÿ˜„ Naseb encik tunang kita ada , abang engineer kita ni boleh diharap. Tak sampai setengah jam dah siap pasang bedframe

zinus

Ni semua muat dalam 1 kotak? seriuslah? Ye kawan kawan, semua ni dalam 1 kotak, complete bedframe tau siap sediakan tools sekali

zinus

oh lupa nak habaq... Bedframe yang kaklong pilih ni namanya Wesley Metal and Wood Platform Bed Frame. 


Inilah dianya katil yang menjadi pilihan Kaklong untuk rumah baru ❤ Cantikkan designnya agak modern juga 


Untuk tilam pula, Kaklong memilih tilam tanpa spring. Nama tilam yang menjadi pilihan Kaklong ialah....... Green Tea Memory Foam❤ Eh kenapa greentea? ada bau greentea ke? haha takdelah mana ada bau green tea pun๐Ÿ‘€ Disebabkan tilam ni divacuum packed kan, so dalam 2 jam barulah tilam ni kembang sepenuhnya. Tapi jangan risau buka je sealed pack tu memang tilam tu dah start mengembang cuma kalau nak lagi best tunggulah kejap kan haaa baru lah jadi bentuk tilam yang sempurna .

zinus


Yeyy!! dah siap pasang Alhamdulillah.. Cantik kan? memang puas hati dengan servis dan kualiti katil dan tilam dari Zinus❤ Mudah dipasang dan ada banyak pilihan design ikut citarasa kita. Alhamdulillah kaklong boleh bagi 5 bintanglah untuk Zinus๐Ÿ’“

Kalau korang tengah survey survey katil ke tilam ke atau kedua duanya sekali, korang boleh la ke website Zinus iaitu https://zinus.com.my/ okay? Happy Shopping korang๐Ÿ˜


Comments

Popular Posts