Macam mana nak booking dewan majlis perbandaran ya?

 Hai gais.. Assalamualaikum❤ Sihat? okay tak tu?😁 Tetiba  rasa macam nak share pengalaman cara untuk booking dewan majlis perbandaran since sekarang musim majlis perkahwinan kan. First of all korang kenalah tetapkan tarikh dulu ,tarikh untuk majlis sanding korang tu. Rancangan asalnya bulan 10 , so kaklong try lah booking dewan bulan 1 ,bulan 1 dah booking dewan tau. Yelah risau tak dapat dewan untuk majlis, katakan kalau dewan majlis perbandaran ni ramai yang booking sebab harganya sedikit murah berbanding private dewan. Alhamdulillah dapat slot tarikh kosong untuk dewan perbandaran di Kundang Estate. Lawa korang kat sana❤❤❤ Dewan baru tau katakan siap ada aircond la hehe

cara booking sewan majlis perbandaran

Cantikkan? Selesa yang penting parking banyak dan luas, Okay so back to our main discussion. Macam mana nak booking dewan majlis perbandaran? First of all korang call dulu MPS , macam kaklong dewan yang kaklong booking ni bawah jagaan MPS, Majlis Perbandaran Selayang. Call untuk dapat pengesahan ada slot kosong tak untuk bulan berapa yang korang plan tu. Then korang pergilah ke MPS yang berdekatan dengan stadium. Di sana, pegawai yang bertugas akan explain pada korang semua details dan yang penting bayar wang deposit untuk booking tarikh.  Wang deposit sebanyak RM 500 untuk booking dewan, since dewan yang ingin disewa berharga RM 900 termasuk bil bil. Wang deposit akan dikembalikan selepas majlis jika kita tidak merosakkan harta benda dewanlah, jangan la tinggalkan dewan dalam keadaan yang tidak diingini. Ingat kita ni menyewa /pinjam je hehe bukan dewan tu milik kita 👀 

Duit selebihnya akan dibayar selewat lewatnya sebulan sebelum tarikh majlis, ini apa yang dijelaskan daripada pegawai MPS tu lah. Mudah kan? Plan betul betul tarikh korang dan try survey survey . Yang penting korang kena bijak dalam menguruskan bajet okay 💗

To all bakal pengantin, good luck dan kaklong doakan semoga dipermudahkan urusan 💕 Doakan untuk kaklong juga ye hihi  Terima kasih . Harap sedikit sebanyak info ini dapat membantu kita 😊

Comments

Popular Posts