Haluu everyone,
Bulan lepas kaklong ke Genting Highland semata mata nak ke Strawberry Farm ๐๐last minute plan lepas ke kenduri kakak senior sekolah, kami terus ke Genting. Mula mula cuaca mendung je alamak ni sampai atas hujanlah ni, Alhamdulillah selamat sampai di Genting dan cuaca baik tak hujan. Sejuknya kemain , berkabus. Masa tu tengahari dalam pukul 3 lebih kami sampai.
Mula mula kami melawat Indoor Game dulu, ramai juga orang masa tu so cepat cepatlah kami beredar lepas dah puas bergambar OOTD bagai. Outdoor Game pon kami dapat tengok dari dalam jelah disebabkan kesuntukan masa.
Disebabkan dah nak petang dan taknaklah balik lewat sangat , kami teruskan perjalanan ke misi utama kita iaitu ke Genting Strawberry Leisure Farms. Lokasi ?ala waze je terus Encik Waze tunjuk lokasi nanti hehe
Genting Strawberry Leisure Farms
Tak silap kaklong harga tiket masuk hanya RM 15 seorang. Parking pun senang , depan tu ada parking area. So menapak sikit jelah. Puas hatilah banyak spot ambil gambar yang cantik cantik. Kita juga boleh petik strawberry ni tapi kena bayarlah hehe๐ tak ingat berapa harganya. Fresh from the farm kan.
Antara spot OOTD yang lawa, dikelilingi pelbagai jenis bunga bunga
Cantikkan? Pink ofcourse my favourite
Di sini juga ada terdapat stall-stall yang menjual barangan makanan dan cenderahati. Aiskrim Strawberry pun ada juga tau! Pelbagai jenis produk yang diperbuat daripada strawberry turut dijual di sini.
Banyak juga la kami memborong, teh sampai 4 kotak ๐ Favourite Kaklong ofcourselah teh Strawberry ni hehe
Overall , percutian yang singkat tapi puas hati. Alhamdulillah. Sebenarnya banyak je lagi tempat tempat menarik di Genting Highland ni In shaa Allah boleh pi lagi. Bye bye see you next time Genting ❤
Comments
Post a Comment