Kafe Pink di Setia Alam - Sweet Kayangan
Haluu korang,
Semalam lepas ke Setia City Mall , ibu kata teringin nak makan pencuci mulut so google lah kafe yang terdekat. Teringat pula ada satu video viral juga la ,video kafe pink di Setia Alam. So we decide untuk ke sana, dalam 7 minit je dari Setia City Mall. Kafe Sweet Kayangan terletak di Sunsuria. Situ kan femes dengan port bergambar OOTD , especially BookExcess tu.
Parking senang je parking di basement, semalam pi parking still free lagi 😁 Menapak sikit jelah dah sampai ke Sweet Kayangan Kafe Pink tu. Memang Pink betul lah comel je deco deconya💕 Sebagai peminat Pink acewah Kaklong memang sukalah konsep deco kafe ni. Comel ya amat ada Teddy bear besar pastu banyak bunga bunga heheh sesuailah untuk yang suka bergambar.
Comel kan? masuk masuk pintu dah Pink. Okay so beralih pada menu pula, pelbagai jenis menu turut disediakan biasalah harga standard kafe hipster la. Kaklong try minuman Chocolate , adik pula aiskrim Pink ! dan kek Black Forest ❤
Minuman Chocolate Choco tu berharga RM 13+ , kek pula dalam RM 9+ manakala aiskrim Pink yang comel tu berharga RM 5+. Adik memilih Aiskrim Small Cup yelah kita mencuba dulu kan .. Rasanya masam masam strawberry agaknya . Untuk air minuman Chocolate Choco kaklong recomended korang untuk try😎Sedap tak terlalu manis . Meh Kaklong belanja sikitlah gambar kafe Sweet Kayangan ni😏
Comments
Post a Comment